Saturday, 1 December 2012

Ouh My God .. Istanbul , aku datang ! Okay , sekarang nak cakap cerita ni best ! best giler selain cerita2 melayu yang lain ! 100 marks for this movie .. Jalan cerita yang ringan , tak kompleks , tak terlalu membebankan , yang penting walaupun jalan cerita ni cliche macam cerita melayu biasa tapi garapan Bernard Chauly membuatkan ISTANBUL aku datang , menarik dan fun ! Daebak !


HAGIA SOPHIA , secantik nama seindah rupa .. siyezly , tergugat beb tengok keindahan tempat ni.. baru on mr.Google .. kalau pi real mau pengsan + berjuta2 gambar amek buat koleksi simpanan .. haha ! Siyez , Hagia Sophia terlalu cantik dan harus dikunjungi walaupun beribu tahun lagi baru dapat ( impian tak salah kan ? ) hehe .. Selangkah kita bermimpi maka selangkah kita akan cuba mara mendapatkannya .. yaa , etu yang sara percaya ..








Amacam , cantik kan ? Gosh , its so beutiful inside and outside .. im really2 want to go there .. i wish somebody will take me there one day .. ouh , hope dreams can come true .. hehe .. Walaupun pada awalnya Hagia Sophia dibina sebagai gereja besar untuk kristian ortodoks tapi Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menukarkannya menjadi Masjid agung pada tahun 1453 and bertukar menjadi muzium pada 1953 ..  Struktur binaan yang indah dan kukuh ini menjadikan Hagia Sophia menjadi salah satu destinasi kunjungan ramai .. betapa indahnya ciptaan masa silam tanpa sebarang kelulusan akademik yang diiktiraf namun hasilnya disanjungi masyarakat berabad lamanya .. Alhamdulillah ..

Kembali kepada Istanbul aku datang .. For the 1st time i said , I fallin love with Beto Kusyairy !!! He's so charming in this movie , from now on , he will become one of my favourite , indeed !!!
hehe ..

Lelaki , bukan diciptakan untuk menyakiti , bukan juga untuk mempengaruhi tetapi untuk MELINDUNGI.. Betapa tidak bergunanya seorang lelaki jika dia tidak mampu melindungi padahal dia mampu melakukannya .. " Jangan berjalan di belakangku kerana aku tidak akan membimbingmu , Jangan berjalan dihadapanku kerana aku tidak akn mengikutimu , Tetapi berjalanlah disampingku dan berada disisiku untuk bersamaku selamanya maka aku akan menjadi yang terindah untukmu " .. Mohon sedar wahai lelaki bahawa perempuan tidak meminta segunung intan permata tapi hanya sekeping hati yang tulus menunjukkan kau sayang padanya ..

Berapa lama masa kau mengenali seseorang etu belum tentu akan menunjukkan perjalan dan penerusan hidup kau bersamanya .. 10 Tahun kau mengenali kekasihmu belum tentu pengakhirannya kau akan bersama kekasihmu seumur hidup .. Kerana takdir Allah tak ade siapa dapat menduga maka akhirnya kau harus pasrah dengan tentatif kehidupan yang sudah direncanakan sejak azali lagi .. Jangan sesekali kau membenci seseorang atau sesuatu kerana tidak mustahil kau akan menangis kerana kehilangan seseorang dan sesuatu etu.. Berbahagialah dengan apa yang terjadi walaupun satu musibah kerana disebalik Hujan lebat dan Panas terik tersimpan satu garis Pelangi yang indah ..

Apabila dua hati terpaut sekian lama , maka susah untuk meleraikannya ..
Namun apabila sesuatu etu membawa kemudaratan , maka tinggalkanlah untuk dijadikan hanya sebagai kenangan ..

Salam Istanbul aku datang , Salam Hagia Sophia , Salam sayang Chipsmore sara .. XOXO .. done ! =)






No comments:

Post a Comment