Saturday, 24 November 2012

Kau adalah Bahagia..

Kawan.. banyak pengertian.. tapi pengungkapan indah ini hanya ditujukan buat kamu.. Kita bermula sebagai kawan dan pengakhirannya tiada siapa tahu.. Kamu adalah bahagia yang diciptakan buat menggembirakan hati orang lain.. Kamu adalah cahaya serta sinar yang mampu menerangi kegelapan di sekeliling.. Kamu, Abid, kamu mungkin baru kukenali namun seandainya satu hari kamu memilih untuk pergi takkan sesekali ku benarkan ia terjadi..


Zaman Abid, sekiranya angin mampu menyampaikan luahan hati ini mungkin kau akan tersenyum bahagia saat ini.. Aku mengagumimu sebagai seorang sahabat, aku menyayangimu sebagai seorang rakan dan aku mengasihimu sebagai seorang teman.. hehhe, mungkin kau akan tertawa saat membaca tp kau harus tahu aku sudah tertawa dulu sebelummu.. =)


Kau tak hensem, kau tak kacak, dan kau jugak tak bergaya.. Tapi aku berteman denganmu bukan kerana gaya luaranmu,paras rupamu atau tutur katamu.. Aku berteman denganmu kerana kau adalah kau.. hehhe.. Kau adalah peminat setia Girls Generation and T-ara, Kau juga peminat setia cartoon dan anime sepertiku.. tidak terhitung betapa gembiranya aku apabila kau mengalah semasa kite berlawan tentang tajuk2 cartoon kemarin.. hehhe.. Kau akan mengalah kepadaku tentang semua hal bukan ? Kerana kau juga menyayangiku dan kau tak mahu aku bersedih.. =)


 Kau adalah teman terhebat yang aku miliki sekarang.. jangan pernah berpaling dariku dan hanya etu yg aku harapkan.. Kau akan sentiasa berada di sisi saat bahagia dan juga duka.. Kau terlalu baik untuk diri ini.. Terima Kasih sahabat, Kau adalah bahagia, Kau adalah cahaya.. Pengakhiran kita tiada siapa yg akan tahu, Maka biarlah Allah yg mengaturkan segalanya mengikut kehendakNYA..


TERIMA KASIH SAHABAT.. untuk bahagia yg kau cipta.. =)

No comments:

Post a Comment